skip to Main Content

Minuman Chatime Percuma

 

PROGRAM kesetiaan Malaysia Airlines, Enrich menjalin kerjasama dengan pemegang francais induk jenama teh bubble global di Malaysia, Chatime Malaysia dalam usaha meraih pencapaian terbaik bagi kedua-dua jenama tersebut

Malah, ia merupakan kali pertama Chatime menjalin kerjasama dengan sebuah program kesetiaan syarikat penerbangan.

Ketua Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, di bawah usahasama tersebut, Enrich dan Chatime menawarkan ahli Enrich di Malaysia pelbagai manfaat eksklusif.

“Manfaat eksklusif itu berlangsung sepanjang tahun yang mana sedang berlangsung kini sehingga 31 Mac 2019. Ahli Enrich berpeluang menaiktaraf saiz minuman Chatime daripada hidangan saiz kecil kepada sederhana secara percuma di kesemua cawangan Chatime yang mengambil bahagian.

“Mereka hanya perlu tunjukkan kad fizikal atau digital Enrich ketika membuat pembelian bagi menikmati ganjaran tersebut,” katanya.

Tambahnya, pihaknya teruja dan mengalu-alukan Chatime ke program manfaat ahli Enrich ini dan untuk 2019, Enrich akan terus mengintai peluang menjalin bekerjasama dengan lebih banyak jenama makanan dan minuman di dalam mempelbagaikan penawaran program ganjaran Enrich untuk ahlinya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali berkata, kerjasama pertama antara jenama teh bubble dengan program kesetiaan syarikat penerbangan itu membuktikan komitmen Chatime meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan pelbagai manfaat merangkumi pelbagai aspek gaya hidup.

“Kami teruja untuk berkolaborasi dengan program kesetiaan syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines, Enrich. Menerusi kerjasama ini, kami optimis meningkatkan jumlah pelanggan Chatime, seterusnya beri manfaat kepada kedua-dua pihak.

“Pelancaran kerjasama ini adalah permulaan bagi pelbagai siri program dan aktiviti yang akan dijalankan antara Chatime dan Enrich selepas ini.

“Pada masa akan datang, lebih banyak ganjaran istimewa akan ditawarkan di bawah usahasama ini, yang akan dipertingkatkan dari masa ke semasa,” katanya.

Pelanggan boleh berkongsi saat-saat istimewa Chatime bersama yang tersayang, seterusnya mendaftar dengan Enrich untuk nikmati ganjaran eksklusif ini.

Bagi dapatkan kad digital Enrich, muat turun aplikasi mudah alih Malaysia Airlines di App Store atau Google Play Store. – Norshahzura Mat Zuki, Bisnes Sinar

Back To Top